kat bwh ni aku nak share sesuatu yg aku bace dan suke...aku terima email dr azie anak k.kama kwn ofis aku td...sekadar ingin berkongsi utk renungan bersame...
JIKA kamu memancing ikan...setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...jangan sesekali kamu lepaskan ia semula ke dlm air begitu sahaja...kerana ia akan sakit oleh kerana bisa mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup...
Begitulah juga setelah kamu memberi byk pengharapan kpd seseorg...setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...jgn sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dpt melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
JIKA kamu menadah air biarlah berpada,jgn terlalu mengharapkan pada takungannya dan jgnlah menganggap ia begitu teguh...cukup sekadar keperluanmu...apabila sekali ia retak...tentu sukar utk kamu menampalnya semula. ..akhirnya ia dibuang, sedangkan jika kamu cuba m'baikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi...
Begitulah juga jika kamu memiliki seseorg terimalah seadanya...jgnlah kamu terlalu mengaguminya dan jgnlah kamu menganggapnya begitu istimewa...anggaplah dia manusia biasa...apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu utk menerimanya. ..akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya...sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...
JIKA kamu telah memiliki sepinggan nasi...yg kamu pasti utk dirimu. . . mengenyangkan...berkhasiat...mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yg lain...terlalu ingin mengejar kelazatan...kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...kamu akan menyesal...
Begitulah juga jika kamu telah bertemu dgn seseorg insan...yg kamu pasti membawa kebaikan kpd dirimu...menyayangimu...mengasihimu...mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dgn yg lain...terlalu mengejar kesempurnaan...kelak kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah...