Wednesday, November 30, 2011

demoralize...

sebelum tu sy nak bgtau,kami menang tempat PERTAMA pameran APB5S pada majlis hari Inovasi peringkat zon selatan...pengubat luke saat sy terluke dalam diam... ;)


terase demoralize...seperti diperkecilkan...asalnye sy memerhatikan sj...dan mendengar sj...keluhan rakan2...tapi kini bile sy yg terkene maka sy faham ape yg mereka2 pernah rs...bukan hendak membesar2kan perkara...tapi sy punye hati juge...

hilang trus semangat sy tibe2...rajuk ini kali ini seolah2 benar2 minta direalisasikan untuk mengundur diri...yap...perlahan2 sy undur diri...jika begini hak sy diragut,sy dah ilang motivasi untuk persembahkan yg terbaek dr diri sy...

sy kembali menjadi pemerhati bukan lagi yang diperhati...

Monday, November 28, 2011

tanpa cuti...

minggu ni adelah minggu tanpa cuti untuk sy...kije berterusan wpun johor cuti 3ari berturut sabtu-isnin...sy diopis pagi ke petang untuk ke3 ari tersebut...fuhhh...

kepenatanlah juge...penat badan dan otak...menjadi ajk tanpe henti di opis kadang2 mmglah memenatkan tapi kepuasan jika hasilnye diiktirafkan watkan segala penat lelah tu terbang melayang...

truskan misi untuk memenangi pertandingan itu...moge Allah redha atas hasil usaha kami... =)

Friday, November 25, 2011

'copy' dan 'paste'...

H.A nih penulis novel tentang bola tampar yang sgt sy suke jalan citenye sbb berlandaskan penubuhan pasukan secara Islamik...so,ade beberape pendapat dia di FB sy suke dan ingin sy kongsikan disini bersame insan2 lain yang jenguk blog sy nih sbb tak sume like FB dia...mmg sy 'copy' dan 'paste'...bukan dia sj...pendapat Prof.Muhaya dan lain2 yang sesuai juge penah sy kongsikan disini...ilmu itu penyampaiannya pelbagai cara tak kirelah walau hanye dengan 'copy' dan 'paste'...

tentang en3 dibawah untuk makluman 'org yang melenting' serta rakan2 ia tidak lgsg bersangkut paut dengan en3 kamu sbb sy bukan pembace setia blog kamu...langsung tidak sihat untuk dijadikan tatapan bacaan setiap hari...maaf disitu jika kamu terase...suke bace blog sy ye???[wink!]
sy pelik 'tang' mana ye en3 dibawah wat kamu terase menggile???[wink!lagi sekali]

oklah...sy pun tak maulah rs kurang enak dan tidak sihat menular kembali didalam blog sy nih...sy nak maklumkan itu sj...

mari same2 perbaiki diri jangan selalu meninggi diri...sy manusia biase...banyak melakukan kesalahan...sy akui itu...bagi yg tak mengakui???ingatlah...dosa kite dengan Allah kite boleh memohon keampunan padaNya kerana Dia maha pengampun...akan tetapi dosa dan salah kite pada manusia besar natijahnya jika tidak dimaafkan...lagi2 dosa kepada kedua ibu dan bapa...

sy akan terus 'copy' dan 'paste' yang elok2 untuk dikongsikan disini...suka bace...tak suke takyah bace ye...sekian...
(masih tersenyum)

"Hatta isteri yang menguruskan rumah tangga itu,merupakan seorang soldadu Ilahi."-juge dari H.A...
[jgn ade yg terase lagi sudah... ;)]

Saturday, November 19, 2011

tentang kemaafan dari H.A...

Saya tidak mudah memaafkan orang.
Melainkan orang itu melaksanakan dua syarat.
1 - Dia meminta maaf.
2 - Dia usaha menebus kesilapannya. cth: Kalau dia pecahkan barang saya, dia usaha ganti. Kalau dia fitnah saya, dia usaha jernihkan semula pada sesiapa sahaja yang dia cerita.
Isteri saya ke, bakal kakak ipar saya ke, sahabat-sahabat saya ke, atau sesiapa sahaja dalam hidup saya ini, semuanya tertakhluk di bawah dua syarat itu.
Saya tak layan minta maaf macam minta maaf masa hari raya.
Saya masih boleh beroperasi, hidup, macam tak ada apa-apa antara kita. Orang-orang itu pun mungkin akan menyangka saya lupa. Tetapi Allah tidak akan lupa. Dan rahmat hanya kepada yang berusaha memohon kemaafan dengan kesungguhan sahaja.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kita sering ajak orang maafkan orang lain.
Sekarang saya nak ajak orang bila minta maaf, minta maaf sungguh-sungguh.
Jangan bila orang tak maafkan kita,
kita senang-senang sahaja nak kata 'memaafkan lebih baik'.
Sedang kesalahan diri sendiri tak kita usaha tebus.
Kadangkala, minta maaf pun tidak.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang, saya sedang berusaha memberikan kebaikan pula pada pihak yang menzalimi.
Benda ini kena balance.
Ya, kita kalau ikutkan hati, ingin sahaja maafkan.
Tetapi anda suka ke tengok orang masuk neraka, kerana tiada siapa yang 'keras' sikit tunjukkan kesalahan mereka?
"Biarlah dia tu. Bukan boleh buat apa-apa dah. Maafkan je."
Apakah akhlaknya akan berubah?
Apakah sikapnya akan berubah?
Ya. Memaafkan, baik untuk kita yang dizalimi, yang disakiti.
Tetapi jangan lupa, ayat itu adalah 'lebih baik'. Maksudnya, tidak memaafkan pun bukan satu kesalahan.
Di sinilah yang menzalimi dalam disadvantage.
Sebab, kalau dia jumpa orang yang free2 nak maafkan, tak mengapa lagi. Bagaimana kalau dia jumpa yang memang tak maafkan free2? Bagaimana?
Di sinilah sebabnya saya ajak, orang yang buat salah, bersungguh-sungguhlah menebus kesalahan anda. Jangan fikir, minta maaf sambil lewa sudah cukup.
~dari Hilal Asyraf : petang 19 November 2011 di facebook nye...

Monday, November 14, 2011

sy peminat SUKAN...

untuk makluman keluarga,sahabat,teman tersayang...sy adelah peminat SUKAN...huhuuuu...sgt suke tgk sukan...terutama sukan yang melibatkan team malaysia...so.........remote akan 'slalu' di tangan...dan channel pilihan dah tentu2 lah channel yg siarkn sukan...

bengang jugelah org yg rapat ngan sy bile sy dah ngadap sukan...minat sy tgk sukan ni bukan pd sukan tertentu sj tapi semua ok...selagi mana ia melibatkan 'team malaysia' maka rancangan lain sudah tidak menjadi rancangan pilihan hati sy...

minat cane pun sy pada sukan entah nape sy tak minat layan bola sepak antarabangsa...heh3...bosan gitu...liganye cam panjang sgt msnye...tak suke layan...

bile tgk sukan tu mulelah sy terkenang2 kalau2 sy yg jdk wakil malaysia...huhuuu...angan2 taik itik!

fokus pada membentuk adam haikal untuk menjadi ahli sukan islam yang berjaya...insyaAllah... ;) jangan marah haaa ibu nurul...

ok,tu sj 'sikit' tentang minat sy pada sukan...tengok pun dah minat,main apatah lagi...sy dah cube byk jenis permainan sukan...

jom layan video klip : GEMURUH SUARA!best untuk penyokong TEAM MALAYSIA!

Friday, November 11, 2011

HOKI...

hoki dihati sy...

dulu : permainan kegemaran dan kecintaan sy...tidak bosan tidak menyesal memilih permainan merbahaya bagi sesetgh pihak ini...
sekarang : sy rindukan saat dulu ketika sy sedang diatas...sygnye,sy berhenti ketike permainan sy sedang ditahap terbaik...

kerinduan sy semakin terase bile menonton pemain2 muda di dalam Piala Sultan Johor yang sedang berlangsung di Johor Bahru skang nih...fuhh...pakkal jek sy dah berusia...eheh!~
mengenang dan terkenang itu mmg menyakitkan...apatah lagi sy dipanggil pulang oleh abah ketika SUKMA dalam genggaman dan mendapat tawaran ke sekolah sukan...
hanya Allah yang tahu ape perasaan sy...tapi Allah jua tahu ape yg terbaik...

permainan sekarang kelihatan semakin pantas...dan banyak peraturan yang berubah sepanjang tempoh sy 'bersara' dari sukan ini...tp sy seronok melihat pemain2 malaysia terutama anak melayu yg mude2 bermain cemerlang di dalam pertandingan itu...jauh beza persembahan beberape tahun lalu ditempat yang sama untuk pertandingan lain...team mude kali ni lebih baik lebih pantas lebih cergas...

mlm ni malaysia akan menentang india untuk penentuan ke akhir...diharap menang!

bilelah team wanita nak diberi pendedahan same spt pasukan lelaki...jangan salahkan team wanita(semua game) jika tidak menonjol kerana pendedahan yang diberikan kelihatan sangat kurang...apepun,ahli sukan terbaik malaysia tetap sy berikan kepada Datuk Nicol...dia terbaek wat masa skang nih...eh,tersesat squash lak...

hoki : pada sy bukan permainan merbahaya walaupun hidung sy penah patah berdarah tak hingat dilibas kayu hoki kawan sepasukan ketike latihan...walaupun kawan sepasukan berjahit dahi dilibas kayu hoki juge ketike latihan...tu sume berlaku kerana kecuaian masing2...semua permainan merbahaya jika tidak dimainkan dengan betul dan tidak mengikut peraturan...hoki permainan yang sgt memerlukan kekuatan stamina kerana permainan ini dimainkan dengan pantas dan bola sentiasa bergerak...juge permainan yang memerlukan tahap kerjasama pasukan yang tinggi serta kesungguhan pada setiap minit...bayangkan...2gol bole tercipta wpun hanye dalam 1menet...

jika dapat bermain lagi mmg stamina sy tidak seperti dulu...teringin betul nak bermain lagi...sekadar suke2...cita2 nak jadi pemain malaysia telah pun terkubur...

11.11.11 pada sy...

Janganlah kamu marah...
Janganlah kamu marah...
Janganlah kamu marah...

Bertenang...Bersabar...Berusaha...

tarikh 11.11.11 nih tak kisah la apepun penilaian dan ketaksuban org padenye...

sy berazam mengawal diri dari emosi2 negetif...
sy berazam melimpahkan kasih dan syg dalam hati ini pada semua org...
sy berazam memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri dan hidup dengan sabar dan tekun...
sy berazam menjadi anak yg baik,sahabat yg baik,teman yg baik,pekerja yang baik...
sy berazam menjadi ibu terbaik kepada Adam Haikal si kekasih hati...
sy berazam menjadi hamba Allah yg baik...
sy berazam memaafkan semua orang perlahan2 sehingga hati sy bersih dari sebarang kebencian...

semoge Allah redha...

selamat datang kepada Muhammad Aidit Rayyan bin Mohd Noor Aelme kedunia ini dan ke dalam keluarga Jalil bin Adam...semoge jadi anak soleh yang cemerlang dunia akhirat...amin...

Monday, November 7, 2011

sedikit tentang mereka...

mak abah sy bukanlah terbaik sehingga layak dinobatkan anugerah ibu bapa mithali akan tetapi mak abah sy terbaik untuk sy dan adik3 sy pada setiap kurang dan lebih mereka...

sy syg mak abah sy walau siapa pun mereka...tak kisahlah bagaimana pun cara mereka membesarkan kami 4beradik...kami bersyukur kami dilahirkan Islam itu sudah cukup bagi kami...selebihnye baik buruk kami ketika dewase,berjaye atau tidak,pandai atau bodoh,soleh atau solehah itu semua adelah diri kami sendiri penentu arah tuju hidup setelah mak abah bagi cukup makan pakai...pengorbanan mereka sepanjang membesarkan kami 4beradik tak terjangkau akal sy sendiri keperihan mereka...dah ada anak sendiri ni baru sy tau bagaimana 'rasa' membesarkan dan mendewasekan anak...maka sy tidak same sekali membesar2kan kekurangan mak abah sy kerana kelebihan mereka menutupi kelemahan2 yg ade...

sy tak nak pandang jauh2 tentang 'pengorbanan' di hari raya korban ini...sy berharap kami 4beradik dapat menghayati pengorbanan mak abah selama ni sebelum fikir dan besarkan sgt ape yg kite korbankan untuk mak abah ketike ini...sayangi,hargai dan jaga nama baik mak abah pada baik dan buruk mereka sepenuh hati...mak dan abah tiada pengganti...

jgn hina dan rendahkan ibu bapa org lain walau sehebat manapun mak ayah kite...~pengajaran untuk sy...jgn terase...