Monday, May 11, 2009

lelaki acuan Al Quran...

saat ni hujan lebat mencurah2 dibumi Allah ni...aku,kembali dgn en3 yg aku amik dr email yg dikirim oleh en.ycl...terpanggil aku utk berkongsi email ni sbb aku tertarik ngan isi kandungannye...masih ramaikah lelaki acuan Al Quran ketika ini???yg mampu membimbing wanita2 seperti aku utk menjadi wanita yg juge acuan Al Quran???
utk teman2,luangkanlah walau seketika cume utk membace en3 aku kali ni...bahan bacaan spt ini sememangnye jarang sekali menjadi bahan bacaan utama bg anak muda skang ni...tp tak salah jika membacenye sebentar...penghayatan dan pengertian disebaliknye...blakang cite...tp bg yg tak nak bace aku tak pakse...huhuuuu...

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman,
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT,
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya,
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya,
Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai Kawan,
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya,
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga,
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga,
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam,
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat,

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya,
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW,
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara, Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya,

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa,
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir,
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan,
Kerana Sehari Lagi.....Usianya Bertambah Penuh Kematangan Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati,
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat,
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan,
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah,
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga,
Di Situlah Rumah Impiannya,
Bersama Wanita Acuan Al-Quran...

Lelaki yang baik tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi... lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu dari kita kecuali DIA menggantinya dengan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment