Monday, January 25, 2010

mangkatnye Sultan Johor ke 4...

Almarhum Sultan Iskandar
(1932-2010)

ucapan takziah buat seluruh kerabat diraja Johor dan rakyat bernaung di bawahnya...semoga almarhum banginda ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh...

arahan pengkabungan... : Bagi rakyat Johor, pengkabungan adalah selama 7 hari manakala bagi kerabat diraja, pengkabungan adalah 40 hari dan bendera Johor kini dikibarkan separuh tiang. Segala bentuk hiburan hendaklah dihentikan buat tempoh itu, manakala masjid-masjid dan surau-surau akan mengadakan bacaan al-Quran dan tahlil buat baginda. Etika pakaian berkabung pula dikeluarkan terutama bagi urusan rasmi. Bagi wanita yang Muslim, hendaklah berbaju kurung & bertudung putih manakala bagi bukan Muslim, pakaian sopan & melekatkan reben 1 1/2 inci di lengan warna hitam. Bagi kaum lelaki yang Muslim pula, mereka hendaklah memakai songkok bersama lilitan reben 1 1/2 inci warna putih dan bagi yang bukan Muslim, pakaian sopan & melekatkan reben 1 1/2 inci di lengan warna hitam.

No comments:

Post a Comment