Bagaikan berputus asa
Fikiran bak gerhana
Menanti terbit cahaya
Kepayahan hanya dengan sementara
Berkat doa kan berakhir
Pabila merasa hilang bahagia
Redhakan dirimu menerimanya
Andai kesusahan menjadi ujian
Tetapkan imanmu, usah hilang pengharapan
Pintalah di ketika
Hidup dikelam nestapa
Semoga dikuatkan
Hati dengan kesabaran
Kepayahan hanya dugaan sementara
Berkat doa kan berakhir jua
Pabila merasa hilang bahagia
Redhakan dirimu menerimanya
Andai kesusahan menjadi ujian
Tetapkan imanmu, usah hilang pengharapan
Sesungguhnya setiap manusia
Ada ketikanya resah menempuh usia
Pohonlah semoga kau berbahagia
Berserah kepada Yang Maha Esa
Di kala kesulitan
Tabahkan dirimu kawan
Tadah tapak tanganmu
Di situlah ketenangan
Percayalah..

keletihan pertama,aku sedang teruja membaca artikel2 pengalaman hitam putih hidup manusia2 terpilih yg aku pilih...letih kerana aku terlebih menyelami kisah benar kehidupan mereka...letih kerana menyesali diri terlalu lambat utk dibaiki...letih kerana gagal...letih kerana cuai...letih kerana boros...semua kesilapan diri terpampang didepan mata hati tanpe dpt dibetulkan dgn cara sifat sikap yg betul...tapi letih itu berbaloi bile pengalaman2 itu aku simpan dlm ingatan utk dijadikan pedoman utk disesuaikan dlm konteks cara hidup aku sindri...mmg berbaloi dan aku kembali gemar membaca tp bukan pd penulisan berat tp penulisan separa berat...