Thursday, December 16, 2010

hukum gantung gambar...

sebelum bercakap dan berhujah hal2 agama,mari kite same2 isikan dada dgn ilmu dahulu...cari...belajar...fahamkan...sy pun masih merangkak utk belajar...dan jgn sekali2 gune method 'judge a book by its cover'...

yg haram mmg haram dan jgn sekali2 dihalalkan akan tetapi jgn le mengharamkan sesuatu yg tdk haram melainkan kite sgt yakin dan jelas ia haram...

sy tersentuh disini bile ati diusik oleh sesorg yg mengatakan pemberian hadiah berupe 'gambar kenangan staff2 unit' yg diambil menggunakan kamera digital sy dan diframekan kpd seorg pesara adelah haram dan tidak bole digantung...tidak mendatangkan faedah kepada si penerima...

bg si hati panas mcm sy sejujurnye pastilah cpt terase tp bile yg berbicara itu senior dr sy maka sy suam2 kuku kan suhu ati sy...takpe,ilmu yg sy ade mengatakan ia tdk haram maka sy akan carik lagi ilmu2 tambahan utk melawan hujah senior td...xpe...sy sabarkan diri...sy bukan org tinggi agama maka sy taknak berlagak mcm sy tinggi pengetahuan agamanye...

justeru itu,stlh info2 sy kumpulkan dan sy berpuas ati dgn hujah2 yg sy bace dan dengar oleh pendakwah2,alim ulama dan ustaz2 maka dgn tenang sy terangkan kembali kepade si senior...

dibawah,sy copy dr sebuah blog...tekan sini...bg yg nak belajar...bace sampai abis...jgn baru separuh bace trus mendakwa kite dah khatam ilmu tersebut...salah tu...kerane mungkin poin utamanye kdg2 terletak dipenghujung hampir kepade noktah penutup...

----------------------------------------------------------------------------------------

Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud :

Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi : Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.

Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Seni Dalam Islam :

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng."

Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya.

Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.

--------------------------------------------------------------------------------------------

akhir sekali sy berpesan pd si senior,jgn cepat jatuhkan hukum haram...yg haram mmg ttp haram...

2cth lain yg sy ambil cth lain kepade hal gambar tadi adelah sutera dan emas putih(haram bagi seorg lelaki memakai sutera dan emas)...

jika sutera itu adelah tiruan dan dibuat dr kapas yg dihaluskan hasil kijenye sehingge menjadi seakan2 sutera tetapi hakikatnye ia bukan sutera asal yg dibuat dr ulat itu maka ia tidak haram dipakai...dan emas putih itu pula bukanlah emas tetapi hanye dipanggil emas putih pada hakikatnye ia tetap bukan emas maka ia tidak haram dipakai...

so,ape yg sy nak tekankan disini...jgnlah cpt sgt nak jatuhkan haram...haram ini besar maksudnye...dan sy pun takkan main2 dgnnye dgn mengambil mudah terhadapnye...diakhirnye bole pule sisenior berkata..."ustaz yg ckp tak bole...maka akak pun ikutlah...terpulang kepade individu lain...nak buat,buatlah..."

sy kongsikan pule tentang ini..."Apa sahaja pandangan mengenai Islam yang menyanggahi al-Quran atau al-Sunnah atau asas-asas kemaslahatan yang digariskan oleh syariah adalah tertolak tanpa mengira siapa pun tokohnya. Maka pendapat setiap orang sekalipun dia seorang mufti, atau tok guru atau ustaz boleh diterima atau ditolak, kecuali al-Quran dan al-Sunnah. Pendapat sesiapa pun –sekali pun ulama besar- berhak untuk dipertikaikan selagi tidak menepati nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Tiada siapa pun yang maksum dalam Islam melainkan rasul yang diutuskan. Setiap pandangan agama oleh seorang tokoh atau ustaz bukan semestinya ditelan bulat-bulat."(JANGAN TAKLID BUTA!)

sy tegaskan juge disini,sy bukan org yg cukup bagus dlm hal2 agama...masih belajar kemungkinan masih di tahap tadika tetapi sy xsuke taklid buta...maka jika ade sy tersalah kata@info tegurlah sy...ajarlah sy...sekian...

No comments:

Post a Comment