tentang kemaafan dari H.A...
Saya tidak mudah memaafkan orang.
Melainkan orang itu melaksanakan dua syarat.
1 - Dia meminta maaf.
2 - Dia usaha menebus kesilapannya. cth: Kalau dia pecahkan barang saya, dia usaha ganti. Kalau dia fitnah saya, dia usaha jernihkan semula pada sesiapa sahaja yang dia cerita.
Isteri saya ke, bakal kakak ipar saya ke, sahabat-sahabat saya ke, atau sesiapa sahaja dalam hidup saya ini, semuanya tertakhluk di bawah dua syarat itu.
Saya tak layan minta maaf macam minta maaf masa hari raya.
Saya masih boleh beroperasi, hidup, macam tak ada apa-apa antara kita. Orang-orang itu pun mungkin akan menyangka saya lupa. Tetapi Allah tidak akan lupa. Dan rahmat hanya kepada yang berusaha memohon kemaafan dengan kesungguhan sahaja.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kita sering ajak orang maafkan orang lain.
Sekarang saya nak ajak orang bila minta maaf, minta maaf sungguh-sungguh.
Jangan bila orang tak maafkan kita,
kita senang-senang sahaja nak kata 'memaafkan lebih baik'.
Sedang kesalahan diri sendiri tak kita usaha tebus.
Kadangkala, minta maaf pun tidak.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang, saya sedang berusaha memberikan kebaikan pula pada pihak yang menzalimi.
Benda ini kena balance.
Ya, kita kalau ikutkan hati, ingin sahaja maafkan.
Tetapi anda suka ke tengok orang masuk neraka, kerana tiada siapa yang 'keras' sikit tunjukkan kesalahan mereka?
"Biarlah dia tu. Bukan boleh buat apa-apa dah. Maafkan je."
Apakah akhlaknya akan berubah?
Apakah sikapnya akan berubah?
Ya. Memaafkan, baik untuk kita yang dizalimi, yang disakiti.
Tetapi jangan lupa, ayat itu adalah 'lebih baik'. Maksudnya, tidak memaafkan pun bukan satu kesalahan.
Di sinilah yang menzalimi dalam disadvantage.
Sebab, kalau dia jumpa orang yang free2 nak maafkan, tak mengapa lagi. Bagaimana kalau dia jumpa yang memang tak maafkan free2? Bagaimana?
Di sinilah sebabnya saya ajak, orang yang buat salah, bersungguh-sungguhlah menebus kesalahan anda. Jangan fikir, minta maaf sambil lewa sudah cukup.
~dari Hilal Asyraf : petang 19 November 2011 di facebook nye...
sy copy dan paste dari facebook beliau...tu yang tulisan kecik...malas nak edit...
ReplyDeletesy agak setuju dengan beliau pada sesetengah perkara...beliau orangnya agak tegas dengan pendirian...
sengaja kongsikan tentang kemaafan disini...asyik dipertikaikan tentang kemaafan,mari check diri masing2...
'pernah dengar lagu
ReplyDeleteSORRY SEEMS TO BE DA HARDEST WORD kn?!'
memey ye pun, susah nak sebut...
tapi memaafkn lebih susah meyh,
bbanding mintak maaf...
kita dah LUKAKN orang...
mudah ke nak semuanya kembali macam asal,
if dia tak maafkn kita dengan ikhlas, redha?
sedih weh... sedih, menyesal giler...
apapun, everyday check dri...
memaafkn, mohon maaf n PBAIKI...
bukan hanya mohon maaf semata, rite?!
apapun, saya sangat bterima kasih,
SYUKUR SANGAT,
pada SETIAP MAKHLUQ ALLAH y maafkn saya...
as MANUSIA y BANYAK SANGAT SILAP KATA DAN LAKU,
sebetulnya, kita lebih mdambakan KEMAAFAN...
bukan mudah untuk MAAFKN ORANG...
anyway, saya suka cara HILAL ASYRAF nih...
last, but not least...
sowie, saya selalu komen kat cni,
macam wat blog... huhu...
blog saya d blog kamu, sahabat... =)
saya juz pk, bila saya wat 'blog' kat cni,
macam kita sedang bdiskuc...
taklh kelihatan seperti saya sorang saja betul...
SEBAB, setiap comment, akan ada jawapan...
if ramai sangat blogger, no komentar,
tak menarik juga... ye tak?!
~~~
TERIMA KASIH SANGAT,
SEBAB SELALU MAAFKN SAYA, SAHABAT!!!
SAYANG KAMU, DUNIA AKHIRAT...