Tuesday, June 7, 2011

marah menggile???...

kenape nak marah menggile???hahaha...

persoalan yg tidak bole dijawab bagi org yg sedang marah...marah???kenape nak marah???ibu sendiri dicuit keras tak pula nak marah...hmmmm...manusia2...
opss!!en3 ini tiada kaitan utk kamu dan kamu serta si kecil...
sy doakan si kecil sihat walafiat...

k,sy dah stop tentang kamu2 itu...tak de faedah utk sy dan keluarge...jgn risau ye kamu2...nak melenting2 bagai...oh plzzzzzzzzzz...(sah!kamu peminat blog sy juge...weeeeeeeeeeeeeeeeee~)

ok,sy nak cite ttg kemarahan yg sengaje di 'gilekan'...woha!
kenape nak marah menggile???kenape nak meninggi suara???kenape nak melebih2 laku dan kata???kenape nak mendabik dada mendongak kepale???huh!gangster lah tu...hadoi...sedarlah kite bukan siapa2...hanye seorang hambaNya yg sgt lemah...

sy akui sy pemarah juge orgnye...panas baran...sedikit mewarisi dan selebihnye adelah sy sendiri yg tidak bijak mengawal...akan tetapi,kemarahan yang menggile sgt2 sy elakkan dr menjadi makanan hati...sbb pasti memakan diri...

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa seorang lelaki berkata:

"Ya Rasulullah, suruhlah aku mengerjakan suatu amal dan aku lakukan sedikit."
Baginda bersabda: "Jangan marah."
Kemudian orang itu berkata lagi.
Maka Nabi SAW bersabda: "Jangan marah."

Dari Ibnu Mas'ud:

Nabi SAW bersabda: "Apakah orang yang kuat itu menurut kalian?"
Kami menjawab: "Orang yang tidak dapat dijatuhkan oleh orang lain diwaktu bergelut."
Nabi SAW menjawab: "Bukan begitu, tetapi orang yang dapat mengusai dirinya diwaktu marah."
Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seseorang marah, melainkan ia mendekati jahanam."

selain itu sy kongsikan artikel dibawah ini :

Setiap hari syaitan tidak pernah berhenti dari menggoda diri seorang yang bergelar anak adam untuk melakukan maksiat dan kemungkaran. Sesiapa yang tidak melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya, maka teman rapatnya adalah bersama syaitan. Syaitan itulah yang telah menghalang mereka dari melakukan kebaikan dan tidak mencegah kemungkaran. Dalam diri seorang manusia ada beberapa pintu keburukan yang boleh menyebabkan syaitan mudah masuk kedalam dirinya.

1. Pintu kemarahan

Apabila seseorang itu marah maka syaitan akan lebih mudah untuk menguasai dirinya. Kerana sifat marah itu menyebabkan seseorang itu dikawal oleh nafsu marah dalam diri. Cara untuk kurangkan marah adalah dengan mengambil wudhuk kerana air wudhuk dapat memadamkan api kemarahan.

2. Cinta kepada dunia

Semua orang mencintai dunia kerana keindahan yang ada padanya. Tidak salah untuk kita mengejar dunia cuma jangan sampai ia boleh melalaikan kita dari mengingati Allah dan hari akhirat.

3. Kebodohan(malas menghadiri majlis ilmu)

Tingkatkan ilmu dalam diri kerana ilmu dapat menyelamatkan diri manusia di dunia dan juga akhirat. Dengan ilmu juga dapat menjadi benteng kepada diri manusia dan memberi kekuatan dalam diri seorang manusia. Janganlah kita menjadi malas menuntut ilmu kerana malas itu adalah sifat yang datang dari syaitan.

5. Rakus dan tamak

Orang yang bersifat rakus dan tamak akan mudah didampingi oleh syaitan. Ini kerana sifat buruk ini boleh menjadikan seorang manusia itu lalai kerana terlalu mengejar harta kekayaan dunia. Sifat ini juga boleh menjadikan seseorang itu pentingkan diri sendiri dan tidak bersyukur atas nikmat yang diberikan. Semoga sifat ini dapat dijauhkan.

6. Merasa suka pada dosa

Apabila melakukan dosa sudah menjadi satu kebiasaan dalam diri manusia maka tiada lagi perasaan takut kepada perbuatan dosa itu lagi. Ia menunjukkan orang yang sering melakukan dosa itu suka melakukan dosa yang sering dilakukannya.

Beberapa pintu keburukan yang saya terangkan ini ada dalam diri manusia dan ianya mesti dibuang supaya hidup kita akan lebih baik dan diberkati oleh Allah. Jika ianya masih ada dalam diri kita, semakin mudahlah kita sebagai manusia akan dapat digoda oleh syaitan untuk melakukan dosa dan maksiat kepada Allah. Sama-samalah kita membuang sifat buruk ini.

copy paste dr link :

http://www.layarsukses.com/tazkirah/pintu-keburukan-dalam-diri-manusia/

kenape tbe2 sy kongsikan tentang kemarahan menggile ini???sbb sy sudah menyaksikan kegilaan si pemarah yg akhirnye memakan diri...sy terkedu...dan berazam utk tidak menjadikan marah itu kegilaan(kegemaran) sy...sy bencikan keganasan fizikal...keganasan dlm penulisan juga sy tak suke...nak menghalang org yg gemar menjadikan marah itu hobi bukan kepakaran sy maka ape yg perlu adelah sy perbaiki dulu sikap dan daya kawalan sy terhadap marah...

janganlah marah...paling tidak pun kawallah marah...

sekian...

terime kasih bagi yg membace hingga habis... ;)

No comments:

Post a Comment