Monday, April 12, 2010

jiwa kacau...

Telefilem Jiwa Kacau ditayangkan di Astro Prima pada pukul 9.30 malam semlm...Syed Ali Tar Mohd memegang watak utama sebagai Kamil...Antara pelakon lain yang menjayakan telemovie ini ialah Intan Ladyana, Hafidzuddin Fazil, Sheila Mambo, Faizal yusuf, Along Cham dan ramai lagi serta penampilan istimewa daripada penerbit iaitu Mawi sebagai Inspektor Johar...

Ia mengisahkan tentang penagih dadah yang kepulangannya tidak diterima masyarakat sehingga menyebabkan dia terjebak semula mengambil dadah sehingga mati...Kamil yang sentiasa dipersalahkan oleh masyarakat akhirnya kembali menagih akibat dari kecewa dengan teman wanitanya....Banyak lagi pengajaran yang cuba disampaikan dalam telefilem ini...

Aku sendiri mata berkaca2 menahan sebak didada menonton telefilem buah tangan Mawi sebagai penerbit dimana idea asal adalah dari beliau sendiri...Telefilem ini memang banyak pengisian tentang sikap sebenar masyarakat luar yg memulaukan dan menghina bekas2 penagih dadah tanpe memberi ruang mereka utk berubah...

JIWA KACAU tajuk yg cukup kena dengan diri aku skang nih...Sememangnye jiwa sdg kacau...Apepun,4bintang dr 5bintang aku bg utk telefilem nih...Kekurangan ckit2 tak payah le nak ulas...Yg penting msg yg cube disampaikan...Moge ramai yg terkesan...Pd aku,cite2 sebegini sgt sesuai ditayangkan waktu cuti sekolah drpd terlalu byk cite kartun dan hindustan yg disiarkan...Biar adik2 yg duk asrama sama2 dpt manfaat dr telefilem2 sebegini...Skdr pendapat dr aku org yg biase2 sj...

No comments:

Post a Comment