sy copy paste :
(bacalah...sy tak edit lagsung...salah taip tu hrp maaf...renung2kan...akan ade en3 'tetamu 2' yg mana sy cite sendiri pendapat sy tentang tetamu...tunggu.......)
Sesiapa pun tetamu kita, hitamkah, putih, cantik atau tidak. Kita memang wajib melayan tetamu kita dengan wajah yang manis dan perbualan yang ramah tamah. Kecualilah tetamu kita itu perompak atau pencuri, memang wajib dinyah dari rumah kita dan dipanggil polis untuk menangkapnyakan..hehee.. Ada seorang ustaz pernah berkata. Tetamu adalah pembawa rezeki, orang yang tidak meriakan tetamu akan ditutup pintu rezekinya.
Maksud tetamu: Orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak dijemput Konsep melayan tetamu: Menerima dan melayan tetamu merupakan sikap dan amalan yang amat digalakkan. Keimanan dan kemuliaan seseorang dapat dilihat melalui cara menerima dan melayan tetamu. Maksud Sabda Rasulullah saw; - Tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalm masa 3 hari - Layanan istimewa selama sehari semalam mengikut kemampuantuan rumah - Pada hari kedua dan ketiga layanan yang diberi sama seperti yang diberikan kepada keluarga sendiri dan ianya dianggap sebagai sedekah
BAGAIMANA KITA HARUS MELAYAN TETAMU
Memberikan layanan yang baik: Menyambut tetamu dimuka pintu/di halaman rumah, janganlah apabila tetamu datang muka kita masam mencuka seolah-olah menunjukan kita memang tidak suka akan kehadirannya. Menjawab salam dan berjabat tangan dengan mesra, janganlah menjabat tangan hanya dihujung jari sahaja. Mempersilakan tetamu masuk dengan mesra, lebar-lebarkan senyuman tersebut. Bukan rugipun senyumkan. Orang kalau tidak cantik sekalipun, kalau selalu tersenyum pasti wajahnya akan berseri. Sediakan tempat duduk yang selesa dan bersih Bersifat ikhlas dan berlapang dada: Gembira dan berlapang dada atas kedatangan tetamu, ramai dikalangan kita berasa terganggu dengan kedatang tetamu. Kenapa kita harus bersikap begini? Sesungguhnya kita harus bersyukur kerana masih ada orang yang sudi datang menziarahi ke rumah kita. Menunjukkan muka yang manis Sentiasa tersenyum dgn muka yang manis. Aduh saya pernah melihat orang bermasam muka apabila tetamu datang, bahkan menghempaskan pintu. Kenapa perlu begitu? Berbual bertanya khabar sama tentang diri atau keluarga, pernahkah anda melihat tetamu terkial-kial seorag diri tetapi tuan rumah duduk di dalam bilik. Ini benar-benar biadap. Kalau anda jadi tetamu apa perasaan anda? Jaga tutur kata supaya tidak mengikut perasaan Menyediakan jamuan mengikut kemampuan Makanan yg terbaik mengikut kemmapuan Menjemput tetamu makan Makan bersama-sama tetamu Menghulurkan makanan kepada tetamu Jangan mengemas hidangan sebelum tetamu selesai makan Menyediakan kemudahan yang baik kepada tetamu Layanan yang baik sebagai tetamu Keperluan tandas dan bilik air yang bersih Memberi keselisaan seperti kipas angin/bilik tempat berehat apabila tetamu ingin berehat Jika tetamu membawa hadiah untuk kita, perlulah kita menerima dengan kedua-dua tangan, sambil mengucapkan terima kasih serta berwajah manis supaya dapat menyenangkan hati tetamu kita.
Kebaikan meraikan tetamu:
1. Murah rezeki, mendapat rahmat dan berkat drpd Allah swt
2. Bertambah kasih sayang antara tetamu dan tuan rumah yang dikunungi
3. Mendapat ganjaran pahala dan keampunan Allah swt
4. Menarik perhatian orang bukan Islam terhadap keindahan Islam
yep2.. buat la macam rumah sendiri ttp seorang tetamu itu sendiri harus berfikir frasa 'rumah sendiri' itu. itu still rumqh orang lain.. huhuu~~ ^_^